7.2.10

UBD JUARA PERTANDINGAN BOLA JARING








PASUKAN BOLAJARING UBD MENJADI JUARA

Bandar Seri Begawan – Ahad, 7 Februari 2010- Hari ini, Pasukan Bola Jaring Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang diketuai oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah bte Pengiran Salleh Ab Rahman telah muncul menjadi juara di Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pendidikan kali ke 3 dengan mengalahkan Pasukan Guru-Guru dari Zon 2 dengan keputusan 16 berbalas 11. Pertandingan dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan ini diadakan di Dewan Serbaguna Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan ,Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Datin Paduka Dayang Apsah Bte Haji Abd Majid.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah Binti Pengiran Salleh Ab Rahman juga telah terpilih sebagai penjaring terbanyak di sepanjang kejohanan ini.
Pasukan bolajaring UBD selaku juara turut menerima piala pusingan yang di taja oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah bte Pengiran Salleh Ab Rahman.
Pertandingan dianjurkan bagi mendedahkan kepada semua warga KEmnterian Pendidikan tdisemua peringkat mengenai dengan kepentingan penglibatan dalam gaya hidup yang sihat secara bergiat aktif dalam bersukan. Pertandingan juga bagi menanamkan sikap kerjasama, persefahaman dan team work di kalangan para peserta. PErtandingan juga diadakan bagi mencungkil bakat-bakat pemain bagi mewakili pasukan bolajaring Kementerian Pendidikan.